Wednesday, 27 November 2013

Juzuk 10



JUZUK 10

41. Dan ketahuilah, bahawa apa yang kamu rampas, maka sesungguhnya seperlimanya bagi Allah dan bagi Rasul, dan bagi keluarga yang hampir, dan anak-anak yatim, dan orang-orang meskin, dan orang yang dalam perjalanan jika memang kamu beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang kami turunkan atas hamba kami pada hari perbezaan, (yakni) hari bertemu dua golongan, dan adalah Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
42. Tetakala kamu dipinggir gunung yang dekat dan mereka dipinggir gunung yang jauh,  sedangkan  kafilah itu dibawah kamu, pada hal jikalau kamu berjanji-janjian (dahulu), nescaya kamu berselesihan dalam perjanjian itu, tetapi Allah mahu membikin jadi urusan yang telah ditentukan supaya binasa orang yang binasa sesudah (datang)  keterangan, dan supaya hidup orang yang hidup sesudah (datang) keterangan kerana sesungguhnya  Allah mendengar, mengetahui.
43. (Iingatlah) tetakala Allah lihatkan mereka kepada mu dalam mimpi mu, (bahawa mereka itu) sedikit, kerana kalau ia lihatkan banyaknya mereka kepada mu, tentu kamu akan takut dan tentu kamu akan berselisihan dalam urusan itu, tetapi Allah selamatkan, (kerana) sesungguhnya ia mengetahui apa yang didalam hati-hati.
44. Dan (ingatlah) tetakala ia nampak kan mereka kepada kamu, diwaktu kamu bertemu, (bahawa) mereka itu pada pandangan kamu, dan ia unjuk kan (bahawa) kamu sedikit pada pandangan mereka, kerana Allah mahu membikin jadi urusan yang sudah ditentukan, dan kepada  Allah lah dikembalikan urusan-urusan.
45. Hai orang-orang yang beriman ! apabila kamu bertemu dengan segolongan (musuh). Maka hendaklah kamu tetap dan ingatlah banyak-banyak kepada Allah, supaya kamu berbahagia.
46. Dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan, kerana nanti kamu jadi lemah dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah, (kerana)sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
47. Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang keluar dari rumah-rumah dengan sombong dan mahu menunjuk-nunjuk kan kepada manusia, serta menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kerana Allah meliputi apa yang mereka kerjakan.
48. Dan (ingatlah) tetakala syaitan memperhiaskan kepada mereka amal-amal mereka, dan berkata; “tidak ada diantara manusia yang bisa mengalahkan kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku penolong kamu”, maka tetakala berhadapan-berhadapan dua golongan itu berbaliklah syaitan atas  dua tumitnya, dan berkata; “sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya aku lihat apa yang kamu tidak lihat, sesungguhnya aku takut kepada Allah kerana Allah itu pedih seksaan nya”.
49. (ingatlah) tetakala orang-orang munafik dan orang-orang yang dihati-hati mereka ada panyakit berkata; “agama mereka telah tipu mereka” pada hal barang siapa serahkan diri kepada  Allah, maka sesungguhnya Allah itu gagah, bijaksana.
50. Dan (alangkah hibatnya) kalau engkau lihat tetakala melaikat menerima orang-orang yang kafir sambil memukul muka-muka mereka dan belakang-belakang mereka, dan (berkata); “rasakan lah azab bakaran (ini)!”.

51. “Yang demikian itu, lantaran apa yang telah dikerjakan oleh tangan-tangan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak zalim kepada hamba-hamba nya”.
52. Seperti adat kaum firaun dan orang-orang yang sebelum mereka, (iaitu) mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, lalu Allah seksa mereka lantaran dosa-dosa mereka, kerana sesungguhnya Allah itu kuat, pedih seksaan nya.
53. Yang demikian itu, kerana Allah tidak akan mengubah nikmat yang ia telah berikan kepada  sesuatu kaum, sesungguhnya mereka mengubah apa-apa yang ada di diri-diri masing-masing, dan sesungguhnya Allah mendengar, mengetahui
54. Seperti adat kaum firaun dan orang-orang yang sebelum mereka, (iaitu) mereka dustakan ayat-ayat Tuhan mereka, kerana itu, kami binasakan mereka lantaran dosa-dosa mereka, dan kami tenggelamkan kaum firaun, kerana mereka semua adalah orang-orang yang zalim.
55. Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk merayap pada pandangan Allah ialah orang-orang kafir, lantaran itu mereka tidak mahu beriman.
56. (Iaitu) orang-orang yang engkau bikin perjanjian dengan nya, kemudian  mereka rosakkan perjanjian mereka pada tiap-tiap kali, kerana mreka tidak mahu berbakti.
57. Lantaran itu, jika engkau dapati mereka dalam peperangan, maka hancurkan lah mereka (sebagai contoh buat) orang-orang yang dibelakang mereka supaya  mereka ingat.
58. Dan jika engkau takut (terbit) khainat dari satu kaum, maka campak kan lah (perjanjian itu) kepada mereka dengan adil, kerana sesunggunya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khainat.
59. Dan janganlah orang-orang yang tidak mahu percaya itu sangka, (bahawa) mereka sudah terlepas (dari seksaan kami), sesungguhnya mereka tidak akan terlepas.
60. Dan sediakanlah untuk (melawan) mereka, apa-apa yang kamu bisa daripada kekuatan dan daripada persediaan kuda-kuda  yang bisa kamu takutkan dengan nya akan musuh Allah dan musuh kamu, dan (musuh) lain dari mereka yang kamu tahu, (tetapi) Allah mengetahui mereka, kerana apa-apa yang kamu belanjakan dijalan Allah, akan disempurnakan (ganjaran) kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiayai.


61. Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka hendaklah engkau (juga)  condong kepadanya, dan berserah dirilah kepada Allah, kerana sesungguhnya Ia yang mendengar, yang mengetahui.
62. Dan jika mereka mahu menipu mu, maka sesungguhnya cukuplah bagi mu,  Allah,  ialah yang teguhkan mu dengan pertolongan Nya dan dengan mukmin.
63. Dan ia telah persatukan antara hati-hati mereka. Kalau engkau belanjakan apa yang ada dibumi semuanya, tidaklah bisa engkau persatukan antara hati-hati mereka, tetapi Allah lah yang mempersatukan antara  mereka, kerana sesungguhnya  ia itu gagah, bijaksana.
64. Hai Nabi ! cukuplah bagi mu Allah dan orang-orang yang ikutmu daripada mukmin.
65. Hai Nabi ! gemarkan lah mukmin berperang, jika ada dari antara kamu dua puluh yang sabar, tentu mereka bisa mengalahkan dua ratus, dan jika ada dari antara kamu seratus orang, tentu mereka bisa mengalahkan seribu dari orang-orang kafir, kerana mereka itu orang-orang yang tidak mengerti.
66. Sekarang Allah telah ringankan (bebenan)  daripada kamu, kerana ia mengetahui, bahawa pada kamu ada kelemahan, lantaran itu, jika ada  dari antara  kamu seratus orang yang sabar, nescaya bisa mengalahkan dua ratus, dan jika dari antara  kamu ada seribu nescaya bisa mengalahkan dua ribu dengan izin Allah, kerana Allah itu bersama orang-orang yang sabar.
67. Tidak patut ada beberapa tawanan bagi seorang nabi, sehingga ia pecahbelah kan(musuh)  dibumi, kamu suka kepada harta benda  dunia, pada hal Allah maksudkan(pahala) akhirat, dan adalah Allah itu gagah, bijaksana.
68. Jikalau tidak ada keputusan dari Allah yang sudah lalu, nescaya akan mengenai kamu azab yang besar tentang (kesalahan) yang kamu telah kerjakan.
69. Oleh kerana itu, makanlah dari apa yang kamu sudah rampas dalam perang sebagai barang halal yang baik, dan berbaktilah  kepada Allah, kerana Allah itu pengampun, penyayang.
70. Hai Nabi ! katakan lah kepada tawanan-tawanan yang ada dalam kekuasaan kamu; “jika Allah tahu, bahawa dalam hati-hati kamu ada kebaikan, nescaya ia akan beri kepada kamu kebaikan lebih dari apa yang telah diambil dari kamu, dan nescaya akan ampunkan kamu, kerana Allah itu  pengampun, penyayang”.


71. Dan jika mereka mahu khainat kepada mu, maka sesungguhnya mereka telah khainat kepada Allah lebih dahulu maka Allah telah tundukkan mereka, kerana Allah mengetahui, bijaksana.
72. Sesungguhnya orang-orang yang beiman dan berhijrah dan berperang dengan harta-harta dan jiwa-jiwa mereka dijalan Allah, dan orang-orang yang melindungi dan menolong (adalah) mereka itu sebahagian nya jadi penolong dari sebahagian nya dan orang-orang yang beriman tetapi tidak berhijrah itu, bukanlah mereka penolong bagi kamu, sehingga mereka berhijrah dan jika mereka minta tolong kepada kamu dalam (urusan) agama, maka wajiblah atas kamu menolong, melainkan terhadap kaum yang antara kamu dan mereka ada perjanjian, kerana Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
73. Dan orang-orang kafir itu (adalah) sebahagian nya penolong, bagi sebahagian nya, jika kamu tidak kerjakan itu, tentu akan timbul petnah dibumi dan (timbul) kerosakan yang besar.
74. Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah dan berperang dijalan Allah, dan orang-orang yang melindungi dan menolong, adalah mereka ini orang-orang yang beriman betul-betul, bagi merekalah ada keampunan dan kurnia yang mulia.
75. Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, serta berhijrah dan berperang bersama kamu, maka adalah mereka daripada golongan kamu, tetapi kaum keluarga, sebahagian nya lebih berhak kepada sebahagian nya menurut (hukum) kitab Allah, sesungguhnya Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.



{9}  AL-BARAAH’ (pemutus perhubungan).
AT-TAUBAH (pengampunan).
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. (Ini satu) pemutusan – perhubungan dari Allah dan Rasul nya kepada orang-orang musrikin yang kamu telah adakan perjanjian.
2. Oleh kerana itu bolehlah kamu berjalan-jalan dibumi empat bulan dan ketahuilah bahawa kamu tidak akan terlepas (dari seksaan) Allah dan (ketahuilah) bahawa Allah akan hinakan orang-orang yang kafir.
3. Dan (ialah) satu pemberitahu dari Allah dan rasulnya kepada manusia pada hari Haji yang besar, bahawa Allah dan Rasul nya memutuskan perhubungan dari orang-orang musrikin, oleh kerana itu, jika kamu taubat, maka adalah baik bagi kamu, dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa kamu tidak bisa terelepas dari (seksaan) Allah, dan khabarkan lah kepada orang-orang kafir akan azab yang pedih.
4. Kecuali mereka yang kamu adakan perjanjian dari orang-orang musrikin, kemudian mereka tidak cederakan janji kamu sedikit pun, serta mereka membantu seorang (yang melawan kamu). Maka sempurnakan lah kepada mereka perjanjian mereka seperti (habis) diwaktunya, kerana Allah suka kepada orang-orang yang memelihara (perjanjian).
5. Maka apabila luput bulan-bulan yang dihormati itu, maka bunuhlah orang-orang musrikin dimana sahaja kamu dapat mereka dan tawanlah mereka, dan kepunglah mereka, dan tunggulah mereka ditiap-tiap tempat penjagaan, tetapi jika mereka taubat dan mendirikan sembahayang dan mengeluarkan zakat, maka biarkan lah mereka, kerana sesungguhnya Allah itu, pengampun, penyayang.
6. Dan jika salah seorang dari musrikin minta keamanan kepada mu, maka berilah keamanan kepadanya, supaya ia dengar perkataan Allah, kemudian sampaikan lah dia ketempat keamanan nya, yang demikian lah ditempat keamanan nya, yang demikian  (ialah) kerana mereka itu kaum yang tidak tahu.
7. Bagaimana kah bisa ada perjanjian bagi kaum musrikin terhadap Allah dan Rasul nya ? kecuali orang-orang yang kamu adakan perjanjian di Masjidil Haram, maka selama mereka berlaku lurus kepada kamu, hendaklah kamu berlaku lurus kepada mereka, sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang memelihara (perjanjian).
8. Bagitulah (bisa jadi mereka jujur), pada hal jika mereka kalahkan kamu, mereka tidak akan perhatikan kerabat dan tidak perjanjian terhadap kamu ?, mereka sukakan kamu dengan mulut-mulut mereka (sahaja) tetapi hati-hati mereka tidak mahu, kerana kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang derhaka.
9. Mereka jual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lantaran itu mereka halangi (manusia)  dari jalan nya. Sesungguhnya jelek apa yang mereka telah kerjakan.
10. Mereka tidak perhatikan kekerabatan dan tidak perjanjian terhadap seorang mukmin, kerana mereka ialah orang-orang yang melewati batas.


11. Maka sekiranya mereka taubat dan mendirikan sembahayang serta mengeluarkan zakat, maka mereka itu, saudara-saudara kamu dalam agama, dan kamu terang-terang kan ayat-ayat kami kepada kaum yang mahu mengetahui.
12. Dan jika mereka pecahkan sumpah-sumpah mereka sesudah mereka berjanji dan mereka cela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua kekufuran itu, (kerana) sesungguhnya mereka itu tidak ada sumpah bagi mereka supaya mereka mahu berhenti.
13. Apakah kamu tidak mahu memerangi orang-orang yang sudah pecahkan sumpah-sumpah mereka dan hendak keluarkan Rasul, pada hal mereka yang mulai (menggangu) kamu pada pertama kali ? Apakah kamu takut kepada mereka ? maka Allah lah yang lebih berhak kamu takut, jika memang kamu orang-orang yang beriman.
14. Perangi lah mereka, nescaya Allah akan seksa mereka dengan perantaraan kamu, dan ia akan hinakan mereka, serta menolong kamu melawan mereka dan ia akan memuaskan hati-hati kaum mukmin.
15. Dan ia akan hilangkan kejanggalan (panas hati) hati-hati mereka (yang mukmin) dan Allah akan memberi  taubat kepada siapa yang ia sukai, kerana Allah itu, mengetahui, bijaksana.
16. Apakah kamu sangka, bahawa kamu akan dibiarkan sahaja, pada hal Allah belum buktikan orang-orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang-orang yang tidak menjadikan selain dari Allah dan Rasulnya dan orang-orang mukmin itu sebagai sahabat kerabat ? dan Allah amat mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
17. Tidak akan orang-orang musrikin itu ramaikan Masjid-Masjid Allah, pada hal mereka menyaksikan kekufuran diri-diri mereka sendiri, mereka itu orang-orang yang gugur amal-amal nya, dan dalam neraka lah mereka akan kekal.
18. Hanya yang akan ramaikan masjid-masjid Allah, orang-orang yang beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian serta mendirikan sembahayang dan mengeluarkan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, lantaran itu, mudah-mudahan mereka jadi daripada orang-ornag yang terpimpin.
19. Apakah kamu anggap hal memberi minum orang haji dan mengurus masjid yang mulia itu, (sama)  seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari yang akhir serta bersungguh-sungguh dijalan Allah ? tidaklah mereka itu sama pada sisi Allah, dan Allah tidak akan pimpin orang-orang yang zalim.
20. Orang-orang yang beriman dan yang berhijrah dan yang berperang dijalan Allah dengan harta benda mereka dan jiwa-jiwa mereka, (adalah bagi mereka) sebesar-besar pangkat disisi Allah, dan merekalah orang-orang yang berbahagia.


21. Tuhan mereka mengirangkan mereka dengan rahmat daripada Nya, dan keredaan dan syurga-syurga, bagi mereka didalam nya ada nikmat yang kekal.
22. Hal keadaan mereka kekal padanya selamanya, kerana sesungguhnya  Allah itu disisi nya ada  ganjaran yang besar.
23. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu jadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai ketua, jika mereka lebihkan kekufuran daripada iman, kerana barang siapa dari antara kamu jadikan mereka ketua, maka adalah mereka itu orang-orang yang zalim.
24. Katakan lah; “jika adalah bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri kamu dan keluarga kamu dan harta benda yang kamu dapati  dan perdaganan yang kamu takut mundurnya dan tempat-tempat tinggal yang kamu sukai itu, lebih tercinta kepada kamu daripada Allah dan Rasul nya (dan lebih tercinta daripadanya) bersunguh-sungguh dijalan nya, maka tunggulah, sampai Allah datangkan urusan nya, kerana Allah tidak akan pimpin kaum yang melewati batas.
25. Sesungguhnya Allah itu tolong kamu dibeberapa banyak tempat dan pada  peperangan hunain, tetakala kamu sombong dengan banyak nya kamu, tetapi tidak berpaidah bagi kamu sedikit pun, dan (jadi) sempit bagi kamu bumi yang putus itu, kemudian kamu berpaling sambil mundur.
26. Kemudian Allah turunkan keamanan nya atas Rasul nya dan atas orang-orang mukmin dan ia turunkan bala tentera yang kamu tidak lihat dia dan ia seksa orang-orang yang kafir, kerana yang demikian itu balasan bagi orang-orang kafir.
27. Kemudian Allah memberi taubat sesudah itu, kepada siapa yang ia kehendaki, kerana Allah itu, pengampun, penyayang.
28. Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya musrikin itu tidak lain, melainkan najis (jiwa kotor), lantaran itu tidak boleh mereka menghampiri Masjid (MasjidilHaram) yang melia sesudah tahun ini, dan jika kamu takut kepapaan, maka Allah akan cukupkan kamu dari kurnianya, jika ia mahu, kerana sesungguhnya Allah itu, mengetahui, bijaksana.
29. Pergilah orang-orang yang tidak mahu percaya kepada Allah dan tidak kepada hari kemudian dan yang tidak haramkan  apa yang telah diharamkan oleh Allah  dan Rasul nya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, dari antara orang-orang yang diberi kitab, sehingga mereka bayar JIZYAH dengan tangan dalam keadaan merendah diri.
30. Dan berkata orang-orang yahudi; “uzair itu anak allah”, dan berkata orang-orang nasrani; “al-mashih itu anak allah”,  yang demikian itu adalah omongan mereka dengan mulut-mulut mereka, menyerupai perkataan orang-orang kafir yang dahulu, mudah-mudahan Allah binasakan mereka ! bagaimana kah mereka dapat dipalingkan  ? 


31. Mereka jadikan guru-guru mereka dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan-tuhan mereka dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan-tunah selain dari Allah, dan (jika) Al-Masih bin Mariam pada hal mereka tidak diperintah, melainkan supaya menyembah Tuhan yang satu, yang tidak ada  tuhan, melainkan Dia, maha suci Ia dari apa yang mereka sekutukan.
32. Mereka mahu padamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah tidak mahu melainkan menyempurnakan cahayanya, walau  pun orang-orang kafir tidak suka.
33. Ialah yang mengutus Rasul nya dengan (membawa) pertunjuk dan agama yang benar untuk meninggikan dia atas semua agama, walau pun orang-orang musrikin tidak suka.
34. Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya kebanyakan daripada guru-guru dan pendita-pendita (nasara) memakan harta-harta manusia dengan (jalan yang) salah, dan mereka halangi (manusia) dari jalan Allah, dan orang-orang yang simpan emas dan perak dan tidak mereka belanjakan nya dijalan Allah, maka khabarkan lah kepada mereka akan azab yang pedih.
35. (Iaitu) pada hari yang dipangang (harta-harta) itu atas neraka jahanam, lalu diseterikakan dengan nya akan dahi-dahi mereka dan rusuk-rusuk mereka dan balakang-belakang mereka (sambil dikatakan); “inilah apa yang kamu timbunkan untuk diri-diri kamu, lantaran itu rasakan lah apa yang kamu timbun”.
36. Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi Allah, dua belas bulan, (tersebut) dalam kitab Allah, pada hari ia jadikan langit-langit dan bumi, dari antara nya ada empat bulan yang dihormati, yang demikan, ialah agama yang lurus, oleh kerana nya janganlah kamu menganyanyai diri-diri kamu dalam bulan-bulan itu, dan perangilah orang-orang musrikin seumumnya, dan ketahuilah, bahawa Allah berserta orang-orang yang memelihara diri (daripada kezaliman).
37. Sesungguhnya memundurkan (larangan) itu tidak lain melainkan menambahkan kekufuran yang dengan nya tersesat orang-orang kafir, (iaitu) mereka halal kan dia dalam satu tahun dan mereka haramkan dia dalam satu tahun (lain), buat (hanya) genapkan bilangan (bulan-bulan) yang diharamkan oleh Allah, lalu mereka halalkan apa yang Allah haramkan. Dihiasi bagi mereka amal-amal mereka yang jelek, dan Allah tidak memimpin kaum yang kafir.
38. Hai orang-orang yang beriman ! mengapakah jika dikatakan kepada kamu; “berperanglah dijalan Allah”, kamu beratkan badan-badan kamu kebumi ? apakah kamu suka penghidupan didunia (lebih) daripada akhirat, pada hal penghidupan dunia terhadap akhirat itu, tidak lain, melainkan sedikit ?
39. Kalau kamu tidak pergi berperang ia akan azab kamu dengan azab yang pedih, dan ia akan gantikan satu kaum yang lain dari kamu, sedangkan kamu tidak bisa membahayai dari kami, sedangkan kamu   tidak bisa membahayai dia sedikit pun, kerana Allah itu berkuasa atas tiap sesuatu.
40. Jika kamu tidak mahu tolong dia, maka sesungguhnya Allah telah tolong dia, tetakala orang-orang kafir keluarkan dia, pada hal ia yang kedua dari yang dua, tetakala dua-dua nya dalam gua, ketika ia berkata kepada kawannya; “janganlah engkau berdukacita, (kerana) sesungguhnya Allah bersama kita”, lalu Allah turunkan ketenteraman atasnya dan ia kuatkan dia dengan bala tentera yang kamu tidak lihat, serta ia jadikan kelimat orang-orang kafir dibawah, dan kalimat Allah ialah yang tinggi, kerana Allah itu gagah, bijaksana.


41. Pergilah dengan keadaan ringan dan berat dan berperanglah dengan hartabenda kamu dan jiwa-jiwa kamu dijalan Allah, kerana yang demikian, lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.
42. Jika seruan mu kepada satu benda yang dekat dan perjalanan yang pendek, nescaya mereka ikutmu, tetapi perjalanan itu jauh buat mereka, dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah; “jikalau kami bisa, tentu kami akan keluar bersama kamu”, mereka binasakan diri-diri mereka, tetapi Allah mengetahui bahawa sesunggunya mereka itu orang-orang yang dukacita.
43. Allah memberi  maaf kepada mu, mengapakah engkau izinkan mereka, sebelum nyata bagi mu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau tahu orang-orang yang berdusta ?
44. Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan minta izin kepada mu, (buat mundur) daripada berperang dengan harta benda mereka dan jiwa-jiwa mereka, kerana Allah mengetahui orang-orang yang berbakti.
45. Hanya yang akan minta izin kepada mu itu, ialah orang-orang yang tidak percaya kepada Allah dan hari kemudian dan ragu-ragu hati mereka, lantaran itu, mereka akan bengong didalam keraguan mereka.
46. Dan kalau mereka mahu keluar, tentu mereka akan sediakan baginya persediaan, tetapi Allah tidak suka mereka keluar, lantaran itu, ia halangi mereka, sambil dikatakan; “tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal”.
47. Kalau mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka tambah untuk kamu melainkan kerosakan, dan mereka akan bersegera masuk antara kamu sambil mengadakan fitnah buat kamu,  lantaran diantara kamu ada orang-orang yang suka dengarkan (hasutan) mereka, tetapi Allah mengetahui orang-orang yang zalim.
48. Sesungguhnya mereka telah adakan fitnah lebih dahulu, dan mereka bolak-balekkan  urusan-urusan bagi mu, sehingga datang kebenaran dan nyata urusan Allah, sedangkan mereka tidak suka.
49. Dan diantara mereka ada yang berkata; “izinkan lah aku (diam) dan jangan lah fitnahkan daku”, berkata dalam fitnah mereka telah jatuh ? dan sesungguhnya jahanam itu akan melingkungi orang-orang kafir.
50. Jika kebaikan mengenai mu, (hal itu) tidak menyenangkan mereka, dan jika kecelakaan mengenai mu, mereka berkata; “sesungguhnya kamu telah menjaga diri-diri kamu lebih dahulu”, dan mereka berpaling dalam keadaan girang.


51. Katakan lah; “tidak akan mengenai kami, melainkan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah bagi kami, ialah penolong kami dan kepada Allah lah hendaklah orang-orang mukmin berserah diri”.
52. Katakan lah; “bukankah tidak kamu tunggu-tunggu buat kami, melainkan salah satu dari dua kebaikan ? sedangkan yang kamu tunggu-tunggu buat kamu ialah supaya Allah kenakan kamu azab dari sisi nya atau (kenakan azab) dengan (perantaraan)  tangan-tangan kami, oleh kerana itu, tunggulah, (kerana) sesungguhnya kami (juga) tunggu bersama-sama kamu”.
53. Katakan lah; “belanjakan lah (harta kamu) dengan reda atau dengan terpaksa, tetapi tidak akan diterima dia dari kamu, kerana sesungguhnya adalah kamu kaum yang melewati batas”.
54. Dan tidak ada yang menegah daripada diterima belanja-belanja mereka itu, melainkan kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul nya, serta tidak mendirikan  sembahayang, melainkan dengan keadaan mereka malas, dan tidak mereka belanjakan, melainkan dalam keadaan mereka terpaksa.
55. Oleh kerana nya, janganlah menghairankan mu harta-harta mereka dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hendak menyeksa mereka dengan (harta dan anak-anak) itu dalam penghidupan dunia (ini) dan supaya hilang jiwa-jiwa mereka, sedangkan mereka didalam kekufuran.
56. Dan mereka bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, pada hal mereka tidak dari (golongan) kamu, tetapi mereka itu satu kaum yang penakut.
57. Jikalau mereka dapat tempat  berlindung atau gua-gua atau (lubang) tempat masuk, tentu mereka berpaling kepada nya dalam keadaan mereka bersegara.
58. Dan sebahagian dari mereka ada yang mencela mu tentang sedekah (zakat), iaitu, jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka merasa senang, dan jika tidak diberi sebahagian daripada nya, tiba-tiba mereka marah.
59. Dan alangkah baiknya jika mereka reda dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata; “cukuplah Allah bagi kami, ia dan Rasulnya akan beri kepada kami kurnia nya, sesungguhnya kepada Allah lah kami menuju”.
60. Sedekah-sedekah itu tidak lain, melainkan untuk fakir-fakir dan miskin-miskin, dan pengurus-pengurus sedekah, dan orang-orang yang dijinaki hati-hatinya, dan untuk memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang, dan (keperluan) dijalan Allah, dan orang-orang pelarian, (yang demikian itu) satu kewajiban dari Allah, kerana Allah itu mengetahui, bijaksana.


61. Dan diantara mereka ada orang-orang yang menyakiti nabi sambil mereka berkata; “iaitu pendengar”, katakanlah; “(ia itu) pendengar kebaikan bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan (percaya) kepada orang-orang mukmin, dan (adalah ia) satu rahmat bagi orang-orang yang beriman dari antara kamu, dan orang-orang yang menyakiti Rasul Allah, adalah bagi mereka azab yang pedih.
62. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu untuk menyukakan kamu, pada hal Allah dan Rasulnya lebih patut mereka sukakan, jika (betul-betul) mereka beriman.
63. Tidak kah mereka tahu, bahawa barang siapa melawan Allah dan  Rasulnya, mereka sesungguhnya adalah baginya neraka jahanam, dengan keadaan yang kekal didalamnya  ? yang demikian itulah kehinaan yang besar.
 64. Orang-orang munafik itu takut, kalau-kalau akan diturunkan atas mereka satu surat yang mengkhabarkan mereka tentang apa yang ada dalam hati-hati mereka. Katakanlah; “perolok-olok kan lah, kerana sesungguhnya Allah akan hadirkan apa yang kamu takut”.
65. Dan jika engkau bertanya kepada mereka, tentu mereka akan jawab; “kami hanya bergurau dan bermain-main”. Tanyalah; “apakah (patut) Allah dan ayat-ayatnya dan Rasul nya kamu perolok-olok kan?”.
66. Jangan kamu unjukkan alasan, (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah beriman, jika kami maafkan segolongan dari kamu, tentu kami akan azab segolongan (lain), kerana adalah mereka itu orang-orang yang berdosa.
67. Laki-laki yang munafik dan perempuan-perempuan yang munafik, sebahagian dari mereka (sama)dengan  sebahagian nya, (iaitu) mereka suruh (manusia) berbuat kejahatan dan larang (mereka) dari mengerjakan kebaikan, dan mereka gengam tangan-tangan mereka, mereka lupa kepada Allah, lantaran itu, Allah pun lupakan mereka, sesungguhnya munafikin, adalah orang-orang yang melewati batas.
68. Allah telah janjikan bagi laki-laki dan perempuan-perempuan yang munafik dan orang-orang kafir akan neraka jahanam dan keadaan mereka akan kekal padanya iaitu (ganjaran yang) cukup bagi mereka, Allah melaknat mereka, dan adalah bagi mereka azab yang tetap.
69. Seperti orang-orang sebelum kamu, adalah mereka lebih kuat daripada kamu dan lebih banyak harta dan anak cucu, oleh kerana itu mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka maka kamu pun telah bersanang-senang dengan bahagian kamu, sebagaimana bersenang-senang orang-orang yang sebelum kamu dengan bahagian mereka, kamu telah permainkan seperti (permainan) yang dipermainkan oleh mereka, mereka itu orang-orang yang gugur amal-amal nya didunia dan diakhirat, dan mereka itu lah orang-orang yang rugi.
70. Tidak kah telah datang kepada mereka khabar orang-orang yang sebelum mereka, (iaitu) kaum Nuh dan Aad, dan Samud dan kaum Ibrahim dan  penduduk-penduduk Madyan dan negeri-negeri yang sudah dibinasakan ? telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan, kerana tidak  sekali-sekali Allah menganyanyai mereka, tetapi mereka, telah menganyanyai diri mereka.


71. Dan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, sebahagian dari mereka, adalah penolong bagi sebahagian, mereka menyuruh kerjakan kebaikan dan melarang dari perbuatan jahat, serta mendirikan sembahayang dan mengeluarkan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul nya, mereka itu Allah akan beri rahmat, kerana Allah itu gagah, bijaksana.
72. Allah telah berjanji kepada mukmin laki dan perempuan akan syurga yang mengalir pada nya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya, dan tempat-tempat  yang baik dalam syurga yang kekal, sedang keredaan dari Allah adalah lebih besar, yang demikian itulah satu kemenangan yang besar.
73. Hai Nabi ! perangilah kafir-kafir dan munafik-munafik, dan berlaku gagahlah atas mereka, dan tempat mereka ialah jahanam, dan jelek tempat kesudahan itu. 
74. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak berkata, pada hal sesungguhnya mereka telah dzahirkan kalimat  kufur,  dan mereka kufur sesudah mereka Islam, dan mereka mahu apa yang mereka tidak bisa dapat, dan mereka tidak benci, melainkan kerana Allah dan Rasulnya  __!__  mereka dengan kurnianya. Tetapi jika mereka taubat, adalah baik bagi mereka dan jika mereka berpaling, Allah akan azab mereka dengan satu azab yang pedih didunia dan diakhirat, dan tidak ada bagi mereka pembantu dibumi dan tidak ada penolong.
75. Dan diantara mereka ada orang yang berjanji kepada Allah; “sesungguhnya jika ia beri kami kurnianya, tentu kami akan sedekah kan dan tentu kami jadi daripada orang-orang yang biak-baik”.
76. Tetapi tetakala Allah beri kepada mereka kurnia nya, jadilah mereka bakhil pada (mengeluarkan)nya dan mereka membalik balakang dalam keadaan berpaling.
77. Maka Allah menimbulkan kemunafik kan pada hati meraka sampai hari mereka bertemu dia, lantaran mereka menyalahi janji Allah yang mereka telah janjikan (kepada) nya dan lantaran mereka berdusta.
78. Tidaklah mereka tahu, bahawa Allah mengetahui rahsia dalam mereka dan omongan rahsia mereka, dan bahawa Allah itu amat mengetahui perkara-perkara yang ghaib? .
79. Orang-orang yang mencela kaum mu mukmin yang benar sedekah dengan kemahuan nya sendiri dan yang telah dapat (bersedekah) melainkan sekadar kekuatan nya, serta mengejek-gejek  mereka itu, Allah akan balas mengejek-gejek mereka, dan adalah bagi mereka azab yang pedih.
80. Mintakan lah ampun bagi mereka atau jangan engkau minta kan ampun bagi mereka, jika engkau mintakan ampun bagi mereka (walau pun) tujuh puluh kali, maka tidaklah Allah akan ampunkan mereka , yang demikian itu, kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul nya, dan Allah tidak akan memimpin kaum yang melewati batas.


81. Orang-orang yang tinggalkan itu girang dengan ketinggalan mereka dibelakang Rasul Allah, kerana (memang) mereka tidak suka berjihad dengan harta-harta mereka dan diri-diri mereka dijalan Allah, dan mereka berkata; “janganlah kamu pergi waktu pantas”. Katakanlah; “api neraka lebih panas lagi”, jika mereka mengerti.
82.  Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan hendaklah merka menangis banyak, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.
83. Maka sekiranya Allah kembalikan mu kepada satu golongan dari antara mereka, lalu mereka minta izin kepada mu buat kaluar, maka katakanlah; “kamu tiak akan keluar bersama ku selamanya dan kamu tidak akan memerangi musuh bersama ku, kerana sesungguhnya kamu telah suka duduk mula-mula nya, oleh kerana itu, duduklah (sekarang) bersama orang-orang yang tinggal”.
84. Dan jangan sekali-sekali engkau sembahayangkan seorang dari mereka yang mati, dan jangannlah engkau berdiri atas kuburnya, kerana sesungguhnya mereka itu tidak percaya kepada Allah dan Rasulnya, dan mereka mati pada hal mereka orang-orang yang melewati batas.
85. Dan janganlah menghairankan mu harta-harta  mereka dan anak-anak mereka, kerana sesungguhnya Allah hendak seksa mereka dengan itu didunia, dan (ia hendak) supaya hilang jiwa-jiwa mereka pada hal mereka kufur.
86. Dan apabila diturunkan satu surat (bahawa) hendaklah kamu beriman kepada Allah dan berjihad bersama Rasulnya, maka orang-orang yang kaya dari antara mereka, minta izin kepada mu sambil mereka berkata; “tinggalkan lah kami, bersama orang-orang yang duduk”.
87. Mereka suka supaya mereka (tinggal) bersama-sama orang-orang yang tinggal kerana telah ditutup hati-hati mereka, lalu mereka tidak mengerti.
88. Tetapi Rasul dan mereka yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta-harta mereka dan jiwa-jiwa mereka, dan mereka itu akan mendapat beberapa kebaikan dan merekalah orang-orang yang bahagia.
89. Allah telah sediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, hal keadaan mereka kekal padanya, yang demikianlah kemenangan yang besar.
90. Dan datang orang-orang yang telidur (orang padang pasir)dari antara arab-arab gunung, supaya diberi izin kepada mereka, tetapi tinggal lah orang-orang yang mendustakan Allah dan Rasulnya, akan mengenai orang-orang yang kufur dari antara mereka satu azab yang pedih.


91. Tidak ada kesalahan atas orang-orang yang lemah dan atas orang-orang yang sakit dan (juga) tidak atas orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu buat dibelanjakan, apabila mereka ikhlas kepada Alah dan Rasulnya, tidak ada jalan atas orang-orang yang berbuat baik, dan adalah Allah itu pengampun, penyayang.
92. Dan  tidak (ada kesalahan) atas orang-orang yang tetakala datang kepada mu, untuk engkau beri kepada mereka kenderaan, (lalu) engkau berkata; “aku tidak dapati kenderaan yang akan aku berikan kepada kamu”, maka berpalinglah sambil mata-mata mereka mengalirkan air mata, kerana dukacita, bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan yang mereka (bisa) belanjakan.
93. Hanya ada jalan atas orang-orang yang minta izin kepada mu, pada hal mereka kaya, mereka suka, supaya mereka tinggal bersama-sama orang-orang yang tinggal, lalu Allah tutup hati-hati mereka, tetapi mereka tidak tahu. 


[Previous Juzuk][Next Juzuk][Summary]
[Previous Site][Next Site]